Saman Ekor

Wednesday, March 09, 2011

First post aku dua hari lepas aku ada cakap pasal saman ekor. So kali ni aku nak luahkan rasa geram aku pasal saman ekor ni.
Hari ni aku terpaksa juga settlekan saman aku berjumlah RM1180. after discount 50% (walaupun semua tu bukannya aku yg buat salah). Malas nak panjang citer.  Ni satu pengajaran untuk aku. Lepas ni tak kira sapa yang nak guna nama aku untuk beli kereta ke, motor ke, barang letrik ke memang aku tak nak lg. Tak kira la adik beradik ke, ipar ke, memang aku dah serik. Masa nak mintak tolong macam-macam. Bila dah dapat… Lupa semua janji-janji manis.
Mengenai saman ekor ni, selepas aku google banyak info yang aku dapat. Memang satu penganiayaan kepada rakyat jelata. Rakyat didahulukan kepala hangguk… Memang nampak sangat kerajaan hari ni desperado sangat nak kedarah duit rakyat pasal duit dah guna banyak untuk election.
Bagi orang yang mampu nak bayar saman tu kira ok la. Tapi aku kesian pada orang yang bergolok-bergadai semata-mata untuk bayar saman ekor ni. Kerajaan memang pandai psiko orang ramai. Siap bagi tempoh lanjutan lagi 10 hari.  
Kalau ikutkan hati aku yang tengah membara ni memang aku tak nak bayar sesen pun. Tapi apakan daya, aku ni rakyat marhaen je. Kalau nak bawa ke court memang tak berbaloi. Nak bayar lawyer lagi. Walaupun aku confident boleh menang based on kes sebelum ni di mahkamah tinggi Kuching.
Inilah hakikat yang kita kena terima.  Walaupun kita ada ‘hak’ tapi hak kita tu semacam tak memberi makna apa-apa pun. Kalau kita berDUIT  baru la kita boleh tuntut hak kita tu. Kalau setakat hujung bulan terpaksa guna credit card untuk beri anak bini makan jangan mimpi la.
Antara video yang menjelaskan pasal saman ekor

Kenapa jadi macam ni yek??  Sama-sama la kita pikirkan..

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook