Zahid Hamidi.. Sokong Atau Buli Najib?

Wednesday, May 16, 2012

Dari Malaysiakini
Zahid: Mahkamah Perancis tak boleh sentuh kita
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri bagi menyiasat urusniaga kapal selam Malaysia-Perancis yang sedang berlangsung.

Rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undung-undang negara itu, katanya dalam sidang media selepas lawatan ketua tentara Thailand di kementeriannya, seperti disiarkan oleh Mob.tv.

Ahmad Zahid diminta mengulas berhubung kenyataan peguam Perancis Joseph Breham yang mewakili NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia dalam kes sivil di mahkamah negara itu.

Breham sebelum ini berkata, hakim mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap antarabangsa sekiranya perintah sepina ditolak, termasuk meletakkan "arahan merah" (red alert) bersama polis dunia Interpol.

Cicit Tok Gaduh : Aku tak tau apa motif Zahid Hamidi keluarkan statement ni. Sama ada nak support Najib atau nak pressure Najib. Biasa la statement orang politik ni kena perhatikan betul-betul. Lebih-lebih lagi si Zahid Hamidi ni. Dulu bukan main lagi dia dengan Anwar.

Mungkin dia nak tunjukkan pada Najib dia sokong dan pertahankan Najib. Dengan menyatakan mahkamah Perancis tak ada kuasa nak usik Najib. Jadi Najib selamat.

Tapi kena ingat. Mungkin juga dia nak pressure Najib supaya berhadapan dengan Mahkamah Perancis. Secara berkias dan nak kata bahawa Najib sedia menghadap mahkamah Perancis. Atau secara psiko memaksa Najib menghadap mahkamah Perancis. Hahaha... Kesian Pok Jib. Kena serang luar dan dalam.

Hari ini, zaman maklumat. Bukan macam dulu. Orang tengok TV dan baca surat khabar je. Bila Zahid keluar kenyataan macam tu, orang mula mencari maklumat. Yang tak tahu jadi tahu. Yang dah tahu nak tahu lebih dalam lagi. Bukan susah..cari je kat lebai Google. Semua keluar.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Semua orang tahu benda tu. Jadi statement Zahid tu berbunyi macam orang takut. Takut kena panggil dengan mahkamah. Takut kerana??? Lu pikir la sendiri!!

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook