Cicit Tok Gaduh : Lu pikir la sendiri
Dari Malaysiakini
'Keengganan Zahid kerjasama timbulkan persoalan'
Penyelaras Jingga 13, Faiz Musa (kanan) berkata adalah janggal dan
menimbulkan tandatanya kepada seluruh rakyat jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Zahid, tidak bersedia untuk menghadiri perbicaraan tersebut, seolah-olah menyembunyikan sesuatu dan berdolak dalik agar skandal yang melibatkan wang rakyat serta maruah negara tidak terbongkar.
Menurutnya, Najib Razak dan Zahid tidak perlu takut untuk hadir keperbicaraan tersebut jika mereka tidak bersalah dan tidak terlibat dengan skandal tersebut.
Faiz menegaskan demikian dalam satu kenyataan sebagai mengulas kenyataan Zahid mengenai perkara itu.
Zahid sebelum ini berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri yang sedang berlangsung itu.
Rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undung-undang negara itu, katanya dalam sidang media selepas lawatan ketua tentara Thailand di kementeriannya, seperti disiarkan oleh Mob.tv.
Zahid antara saksi yang disenaraikan Suaram kepada mahkamah Perancis.
Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram), peguam Perancis Joseph Breham berkata, mahkamah negara itu yang menjalankan inkuiri berhubung urusniaga kapal selam Scorpene tersebut mempunyai kuasa memanggil semua pihak untuk membuat pengakuan dalam prosiding di negara itu.
Mahkamah Perancis, katanya, mempunyai bidangkuasa ke atas semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.
"Dakwaan sebaliknya salah dan mengelirukan," kata Breham yang mewakili NGO hak asasi itu, yang merujuk kepada mahkamah Perancis.
Cicit Tok Gaduh : Kan aku dah cakap semalam.... Hahaha.. Belum kena panggil lagi dah keluar statement dulu.. Nampak sangat takde telor... Belum masuk gelanggang dah gelabah... Belum belayar dah muntah... Hahahaha
Artikel dari ohtidak.com
Kisah Sedih 6 Mei 2012…Tragedi Di Lebuh Raya Pantai Timur
Lebih kurang pukul 6 petang 6-may-12, aku masuk hiway Plus dari kuantan nak ke KL. Aku maintain crusing 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dah jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absober standard, rim dan tayar pun standard kilang.
Memandangkan speed dah 200km/j then aku follow je dalam jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy pasal inspira tu rajin hi beam halau kereta ke tepi so aku kat belakang dia just follow je la. Time coner jalan tak rata aku nampak inspira tu body dah goyang tapi dia tetap maintain speed. Ada jugak terdetik nak potong dia tapi memandangkan aku plan nak crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia.
Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lenser 2.0 kat lane kanan dalam kelajuan 140km/j. Lancer tu taknak ketepi tapi terus tekan minyak dan inspira tu terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg berlainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lencer.
Aku pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Kalau ikut darah pahlawan time ni sedap potong kedua-dua tu tapi angin tengah baik lagipun lately tak tau la aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw, hmmmm mungkin ada hikmah tu. so aku ikut je dari belakang.
Dalam 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pulak sebuah bas di belakang antara beberapa buah kereta yg bawak pada kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lenser dgn rapat dan aku makin menjarakkan sikit demi keselamatan.
Tetiba aku nampak inspira, lenser, bas dan beberapa kereta kat depan macam ada kacau bilau. Terus aku nampak lenser tu melanggar pagar kiri hiway dan melintas depan keta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yg menghala ke terengganu.
Sewaktu Lancer tu diudara sebuah kereta di laluan sebelah betul2 berada dibawah lenser tu. Nasib kereta tu memang baik tapi bila lenser tu dah terempas ke laluan sebelah ada sebuah kereta lain terlanggar serpihan lenser tu lalu terbabas dan langgar pagar.
Kereta Inspira tu aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku pelahankan kereta untuk berenti aku perasan penumpang lenser yg duduk di depan dah kaku.
Sebaik je aku berenti aku terus berlari ke lenser tu untuk membantu. Aku antara org terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah hiway untuk ke laluan sebelah ada sorang brother yg berlari lebih awal bagi tau ada baby kat tengah jalan.
Ya Allah!!!!! menggigil kepala lutut aku dan rasa sebak cam nak nangis nampak baby yg aku rasa baru beberapa bulan dah tercampak keluar dan ada kat tengah-tengah jalan. Aku terus jerit kat brother tu suruh angkat je baby yg tengah menangis tu. Brother tu pun macam panik tapi aku jerit je suruh dia angkat baby tu.
Syukur kereta di laluan tu suma terus berenti. Aku terus pergi kat ke lenser tu dan ada orang suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-dua penumpang dah diam.
Aku nampak penumpang depan perempuan, masih dalam ber’seatbelt’ dan air bag dah kempis. Kepala penumpang tu dah tunduk kedepan tapi aku yakin tengkok patah pasal nampak tulang tengkok macam nak terkeluar. Dia dah tak bernyawa.
Aku periksa pemandu, lelaki, masih memakai seatbelt dan airbag dah kempis. Pemandu tu pun terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher. Aku yakin dia pun dah tak bernyawa.
Aku terus pesan pada dua tiga orang yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan lenser tu untuk bukak jalan. Aku ternampak beberapa document peribadi mangsa atas jalan terus aku kutip dan kumpulkan satu tempat.
Aku periksa baby tu pulak, dahi dia luka kena jalan. Nampak isi warna putih dan berdarah. Aku terus kumpulkan beg-beg yg tercampak keluar dan untuk carik beg baby lalu aku kumpulkan setempat. Alhamdulilah ada sorang pakcik dan anak perempuan dia datang bantu tolong pegangkan baby tu. Aku keluarkan tuala dari beg baby tu untuk tutup kepala dia. Aku carik susu tapi dah takde dalam beg.
Aku selongkar beg mangsa untuk cek document yg mungkin boleh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya cuma document peribadi mangsa je dan takde no ahli keluarga mangsa.
Dalam masa 20 minit lepas kejadian tetiba ada pakcik tu ambih phone mangsa dan call ahli keluarga mangsa. Rupa-rupanya ada ahli keluarga mangsa ada convoi bersama mangsa hampir sampai ke tempat kejadian. Bila hali keluarga mangsa sampai terus kitorang suruh ambik baby tu dulu dan hantar ke hospital.
Aku rasa macam nak ambik gambar mangsa tapi tak sampai hati. So aku ambik gambar kereta mangsa je dari depan.
Pastu dalam beberapa minit polis, bomba, ambulan pun sampai.
Aku kat tempat kejadian ada la dalam sejam dan berulang2 kali aku terpaksa bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli keluarga mangsa yg datang ambik baby tu.
Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata excident 200km/j. Dalam masa beberapa saat je 2 nyawa melayang, baby terpelanting keluar kereta dan baby yg tak tau apa-apa kehilangan ibubapa selamanya.
Aku teruskan perjalanan ke KL dgn kelajuan yg tak sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah troma dan ketakutan. Dalam kereta sunyi sepi tak berborak, radio pun tak on. Sampai tol gombak baru aku bukak radio dan cuba bercakap dgn wife aku untuk tenangkan dia.
Lancer crash at 200km/j. Dari laluan kuantan ke KL terpelanting ke laluan sebelah (KL ke Kuantan). minyak engine + coolen mengalir keluar.
Takziah Admin ucapkan kepada keluarga mangsa kejadian tersebut.
Sesungguhnya daripada-Nya kita datang dan kepadanya jua tempat kita akan dikembalikan.
Sama-sama kita sampaikan bacaan surah Al-Fatehah kepada mangsa.
Nasihat kepada Anda dan diri Admin, ambil iktibar daripada kisah di atas dan berhati-hati di jalan raya.
Sedar tidak sedar doa itu sebenarnya adalah permulaan dan sebagai penanda adakah anda akan berhati-hati semasa memandu.
Manusia ini kadang-kadang lupa, terlupa dan alpa.
Cicit Tok Gaduh : Alfatihah.. Buat yang pergi. Meremang bulu roma baca kisah ni. Aku masukkan artikel ni kat sini sebenarnya untuk peringatan diri ku jugak. Aku ni kalau atas jalanraya memang macam pelesit. Maklum le kekadang tu aku selalu jugak cucuk belakang kereta orang lain. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.
Cuma aku kurang setuju dengan penyiar artikel ni. Tak perlu la letak gambar orang yang dah pergi tu. Cukup la letak gambar kereta atau baby yang masih hidup tu. Sebab tu aku delete gambar husband & wife tu.
Dari Malaysiakini
'Saya lihat artis masukkan wang RM1 juta'
Noor Azman Azemi yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu.
"Yang paling rendah sebanyak RM100,000... Saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta. Itu nilai paling tinggi," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.
Noor Azman (gambar kanan) menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000.
Laporan polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18 April. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.
Cicit Tok Gaduh : HAHAHAHAHAHAHAHA....
KITE TENGOK SAPA YANG KENE.. KALAU TADE ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG!!! TERIMA KASIH DRIVER (NOOR AZMAN) KERANA ANDA TELAH MENGGOYANGKAN POKOK ITU SUPAYA IA BERGEGAR LEBIH KUAT.. ANGIN JE X CUKUP KUAT..
HAHAHAHAHAHAHAHA
Dari Malaysiakini
Zahid: Mahkamah Perancis tak boleh sentuh kita
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri bagi menyiasat urusniaga kapal selam Malaysia-Perancis yang sedang berlangsung.Rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undung-undang negara itu, katanya dalam sidang media selepas lawatan ketua tentara Thailand di kementeriannya, seperti disiarkan oleh Mob.tv.
Ahmad Zahid diminta mengulas berhubung kenyataan peguam Perancis Joseph Breham yang mewakili NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia dalam kes sivil di mahkamah negara itu.
Breham sebelum ini berkata, hakim mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap antarabangsa sekiranya perintah sepina ditolak, termasuk meletakkan "arahan merah" (red alert) bersama polis dunia Interpol.
Cicit Tok Gaduh : Aku tak tau apa motif Zahid Hamidi keluarkan statement ni. Sama ada nak support Najib atau nak pressure Najib. Biasa la statement orang politik ni kena perhatikan betul-betul. Lebih-lebih lagi si Zahid Hamidi ni. Dulu bukan main lagi dia dengan Anwar.
Mungkin dia nak tunjukkan pada Najib dia sokong dan pertahankan Najib. Dengan menyatakan mahkamah Perancis tak ada kuasa nak usik Najib. Jadi Najib selamat.
Tapi kena ingat. Mungkin juga dia nak pressure Najib supaya berhadapan dengan Mahkamah Perancis. Secara berkias dan nak kata bahawa Najib sedia menghadap mahkamah Perancis. Atau secara psiko memaksa Najib menghadap mahkamah Perancis. Hahaha... Kesian Pok Jib. Kena serang luar dan dalam.
Hari ini, zaman maklumat. Bukan macam dulu. Orang tengok TV dan baca surat khabar je. Bila Zahid keluar kenyataan macam tu, orang mula mencari maklumat. Yang tak tahu jadi tahu. Yang dah tahu nak tahu lebih dalam lagi. Bukan susah..cari je kat lebai Google. Semua keluar.
Berani kerana benar, takut kerana salah. Semua orang tahu benda tu. Jadi statement Zahid tu berbunyi macam orang takut. Takut kena panggil dengan mahkamah. Takut kerana??? Lu pikir la sendiri!!
Ni video yang baru aku tengok. Kesian pulak aku tengok PM merayu kat audien. Dah macam jual ubat pulak. Inilah dia padahnya. Tambahan pulak media di Malaysia berat sebelah. Orang pun meluat tengok propaganda di media arus perdana.
Apa lagi diorang lepas geram la kat London. Kat Malaysia boleh la, ada kuasa. Lawan sikit tangkap, belasah. Kan dah kena. Kena belasah secara psikologi di London. Aku jamin Najib mesti bengang gila. Aku tak dapat bayangkan..Mesti Kedutaan Malaysia di sana yang atur program tu kena ganyang kaw-kaw dengan Najib.
Sebelum ni banyak siri ceramah PR diganggu oleh samseng upahan. Kemana sahaja Anwar pergi terutama di Johor kena ganggu. Siap kena pecah cermin & kereta kemek kena terajang. Sekarangkan dah kena. Tuhan bayar CASH. Rasakan..
Kesian..Kesian.. Nampaknya lambat lagi la PRU 13.

'Senaman punggung' depan kediaman Ambiga
Kumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" – dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga.
Kumpulan berkenaan diketuai presiden PVTM, Mohd Ali Baharom yang berkata mereka berhak mengadakan demonstrasi tersebut sebagai bantahan terhadap Ambiga.
Mohd Ali berkata, bantahan itu dibuat terhadap Ambiga yang disifatkannya sebagai "musuh negara yang cuba merosakkan nama negara" melalui perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.
Katanya, senaman itu juga sebagai bantahan ke atas Ambiga yang dikaitkannya dengan gerakan seks bebas.
"Kami beri amaran keras kepada Ambiga supaya segera minta maaf kepada rakyat Malaysia berkenaan BERSIH dan seks bebas," katanya ebelum sesi senaman itu bermula pada jam 8.30 pagi.
'Orang Islam, minum air suam'
Kumpulan itu kemudiannya disambut oleh Ambiga yang muncul di pintu pagar rumah tersebut dan menjemput mereka menjamah satu hidangan minuman ringan, apabila gimik tersebut berakhir kira-kira 15 minit kemudian.
Mohd Ali bagaimanapun menolak jemputan Ambiga dan menyerahkan salah satu sepanduk yang dibawa mereka kepada Ambiga.
"Kami orang Melayu orang Islam, kami minum air suam.
"Saya mahu hadiah (kad manila) sama awak, awak serah pada Anwar. Saya beri amaran supaya awak jangan buat lagi masalah kepada negara.
"Kami akan bertindak jika kamu merosakkan nama negara," kata Mohd Ali, yang juga dikenali dengan gelaran 'Ali Tinju', ketika berdepan dengan peguam itu.
Terdahulu, kumpulan tersebut berarak sejauh kira-kira 20 meter ke arah pintu pagar rumah Ambiga dan membawa sepanduk dengan slogan 'Tolak Ambiga Anwar perusuh haram BERSIH 3.0' dan 'Tolak Ambiga Anwar gila kuasa'.
Bercakap kepada pemberita selepas kumpulan itu beredar, Ambiga berkata beliau sering menerima gangguan seperti itu selepas demonstrasi oleh sekumpulan peniaga burger di hadapan kediamannya pada 10 Mei lalu.
Menurutnya, beberapa individu dengan sinis singgah di hadapan rumah beliau dan meminta burger percuma daripadanya.
Gangguan, bukan himpunan aman
Katanya
lagi, beliau turut kesal dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara,
Datuk Khalid Abu Bakar yang menyatakan bahawa tindakan peniaga burger
itu dibenarkan selagi tidak mengganggu ketenteraman awam."Kenyataan itu tidak bertanggungjawab. Ia membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berhimpun di luar rumah sesiapa sahaja," katanya.
Katanya lagi, gimik demonstrasi oleh PVTM pagi ini juga merupakan satu bentuk gangguan dan bukan himpunan aman.
Acara senaman PVTM pagi ini merupakan demonstrasi kedua yang diadakan di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa seminggu, selepas demonstrasi oleh peniaga burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia pada 10 Mei.
PVTM juga sebelum ini hadir bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi untuk menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH.
Cicit Tok Gaduh : Aku pun tak paham la diorang ni. Apa motif diorang buat senaman bontot tu. Nama je Islam.. Buat malu kat orang Hindu je.. Cuba bayangkan kalau orang Hindu buat macam tu kat orang Islam!! Confirm mengamuk tak tentu pasal. Tapi bila kita buat pada orang lain.. bangsa lain boleh pulak.
Dari facebook Presiden ANAK
Kerajaan BN telah berlaku zalim apabila terang2 menipu Peneroka dengan istilah durian runtuh. Berbulan2 dimainkan sentimen kononnya nak dpt duit beribu2 ringgit yg menyebabkan ramai peneroka jadi ghairah tak tentu pasal. Peneroka hilang pertimbangan, nasihat orang lain termasuk anak mereka yg cerdik pandai pun ditolak. Saya menerima ratusan sms, email dan add dlm fb dpd anak2 peneroka yg terlalu marah dgn tindakan terbaru FGVH yg memperalat pengurus n pegawai felda.
Beberapa hari ini secara tergesa2, peeneroka seluruh negara di himpunkan di balairaya, dewan orangramai atau pejabat felda agar menandatangani Borang Permohonan Pinjaman Saham Terbitan FGVHB. Ia dikeluarkan oleh 8 bank tempatan. Antaranya Maybank, CIMB, Affin, BIMB, Ambank dll. Sebahagian besar berbahasa inggeris dan ada yang sama 66 ms. Peneroka tidak diberi ruang langsung utk bawak balik supaya ada masa meneliti kandungan borang tsb.
Ada peneroka nak mintak pandangan anak2 dulu atau merujuk kepada orang lain utk minta nasihat. Tak dibenarkan dan dipaksa sign di situ juga. Ada anak2 yg cuba bantu dengan bertemu pihak pengurusan mohon penjelasan tp diherdik dan di'halau' dpd majlis tandatangan borang tsb. 90 peratus peneroka keliru, bingung, terpedaya dan akhirnya sign.
Saya paparkan beberapa terma dlm borang yg dikeluarkan oleh Maybank sebagai contoh. Surat Tanggung Kerugian menulis....' SAYA PADA BILA2 MASA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA DAN BERSEDIA MENANGGUNG SEGALA KERUGIAN DAN SENTIASA BERSEDIA MENANGGUNG KERUGIAN TERHADAP SEMUA TINDAKAN GUAMAN, PROSIDING, TUNTUTAN, CAJ, PENALTI, FEE, DENDA, KOS YURAN UNDANG2, DAN APA JUA PERBELANJAAN YANG DIBUAT, DIAMBIL, DIBAWA, DIKENAKAN, DIALAMI, DITANGGUNG, DIDAKWA, ATAU KENA BAYAR DALAM APA JUA KEADAAN TERHADAP SAYA ATAU MANA2 ORANG PERSEORANGAN YANG BERBANGKIT ATAU BERSANGKUTAN ATAU BERHUBUNG DENGAN SURAT INI'.
Melampau dan mengkhianati peneroka semata2 BN dah terdesak nak cari duit PRU 13. Mereka urus agihan saham FGVH, 8 Mei ini dikeluarkan sebahagian utk umpan peneroka; mungkin beberapa ribu... yang lainnya di guna utk jentera BN.
Mereka mahu pertahankan 54 kerusi parlimen di kawasan Felda. Kalau mereka kekal mandat, saham jatuh; peneroka yang tanggung segala beban rugi. Barang diingat iklim saham dunia tidak menentu. Koomoditi sawit dan getah belum tentu kekal stabil. Penganalisis kewangan menyebut penyenaraian FGVH di istilahkan ' penyenaaraian yang sakit'.
Bila menjunam jatuh daripada harga asal setiap unit saham yang dibeli; peneroka mesti tanggung. Mesti bayar hutang tsb. Bank akan melakukan apa sahaja cara utk mendapatkan duit pembiayaan mereka balik. FGVH lepas tangan.
Isa Samad, Ahmad Maslan akan kata, biasa le main saham turun naik. Akhirnya peneroka merana sepanjang hayat. Ramai kekawan manager Bank sendiri pesan dgn saya, tentang habis2an borang pinjaman ni. Mereka kata, risikonya terlalu tinggi.
Insyaallah ANAK dan rakan2 ambil tgjawab. Segala dokumen berkaitan telah di serah pd lawyer. Insyaallah lawyer akan failkan injunksi di Mahkamah dlm tempoh seminggu ini utk batalkan semua tandatangan yg peneroka dah buat. Ini jelas penipuan, khianat dpd konspirasi jahat lagi tidak berperikemanusiaan. Mentang2lah peneroka ni tak belajar tinggi dan sesetengahnya tak reti apa2; dgn mudah didiperdaya. BN betul2 jd petualang terhadap bangsanya sendiri!
ANAK membuka talian hotline utk maklumat lanjut. Hubungi- Sdr Abd Rahman Ramli 0136844757, Aris Fezol 0199855883, Zolkifli Abu Osman 0194653701, Yohanis 0133039913. ANAK sedang mengumpul mana2 peneroka yang dah tersign n nak tarik balik. Kita heret Bank dan FVGH ke Mahkamah. Lawan habis2 an!
Kalau buka penempatan FELDA yang baru guna ladang plantation kan boleh solve problem. Nampak sangat BUKAN NAK TOLONG TAPI AH LONG!!!

Cicit Tok Gaduh : Aku tak tahu la betul ke wujud surat tu. Aku kena cek dengan bapak aku. kalau betul hancur la FELDA kalau macam ni. Bapak tubuhkan FELDA, Anak dia hancurkan FELDA. Aku sebagai generasi kedua FELDA betul2 kecewa dengan perbuatan Najib & Isa Samad ni. Menang sorak kampung tergadai. Peneroka yang dapat duit tu bukan main seronok la sekarang ni. Tapi tak tau kesan jangka panjangnya.
Bagi aku simple je. Kalau betul Najib nak tolong warga FELDA buka la peluang kepada generasi kedua ambil alih ladang FELDA Plantation. Bukan pergi gadai tanah plantation. Sekarang ni pun kat plantation tu guna buruh dari Indon. Kenapa tak bagi peluang kepada generasi kedua?? Berapa ramai generasi kedua yang merempat kat FELDA tu. Yang jadi penagih dadah tu tak payah cakap la. Yang menumpang rumah orang tua pun banyak. Tak mampu nak beli rumah sendiri.
Ni satu lagi politik lucah di Malaysia.
Lepas Anwar kena macam-macam tuduhan lucah, kini giliran orang kuat dia pulak kena. Kali ni Azmin Ali. Kalau tengok muka depan Utusan Malaysia tu dah macam majalah porno. Aku tak tahu la ketua editor dia ni ada otak ke tidak. Ada agama ke tidak.
Dia langsung tak pikir kesan daripada penyiaran gambar tersebut. Kalau letak berita tanpa letak gambar tu tak boleh ke?
Tak kira la benda tu betul ke tak.. Yang tu Allah lebih maha mengetahui. Kalau betul dia buat benda tu kena taubat la. Sendiri mau ingat la. Jangan mimpi la nak jadi pemimpin kalau nafsu berahi macam tu. Yang menjadi persoalan sekarang kenapa diletakkan gambar tu ke dalam akhbar. Muka depan pulak tu.
Yang terbaru, heret mak dia pulak dalam kancah politik. Tak gentleman langsung. Takde telor.

Diam tak diam dah setahun lebih aku tak update blog ni.. Sibuk dengan kerja yang tak habis. Sebenarnya mood aku pun tak berapa baik nak menulis. Posting-posting aku sebelum ni pun banyak aku dah delete. Tak berapa sesuai untuk dibaca.. Banyak sangat isu yang sensitif..
Tapi sekarang ni semangat aku mula membuak-buak nak menulis. Muak dengan apa yang berlaku sekarang ni. Setiap hari macam-macam berita yang membodohkan rakyat. Banyak sangat isu yang aku nak komen.
Yang paling hangat dalam sebulan dua ni isu Bersih 3.0. Tak habis-habis. Sampai melibatkan Majlis Fatwa Kebangsaan, yang mengharamkan perhimpunan bersih. Apa punya ... la diaorang ni. Aku tertarik dengan komen Tok Guru Nik Aziz tentang fatwa ni.
Tengok macam mana orang yang berilmu bagi komen.. Kita semua ada otak. Boleh fikir sendiri. Bukan dengan kepala lutut.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang
menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam
perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata"."Mata
yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun
rosak," katanya sambil menambah beliau menghormati anggota Majlis Fatwa
Kebangsaan."Pernahkah Majlis Fatwa memandang dan memahami di sebalik
lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH untuk mengatasi isu pengundi
hantu dan penipuan di dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar
kepada negara?" soal Nik Aziz.
"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.
"Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?